Listen here dear readers,(^_^)

This is my zone,do respect me as the owner. Ini tempat saya meluahkan rasa.
Untuk orang yang saya suka,untuk orang yang suka saya.



Andai mahu menegur,bertegur sapa,please leave your message in my message box.



Andai nukilan saya mengguris rasa,ampun maaf saya pinta.
Andai nukilan saya MENYAKITKAN MATA, tinggalkan blog ini dengan SEGERA.


Andai nukilan saya BUAT ANDA GEMBIRA TERUJA , bacalah dengan senyum di muka.


Lots of love,


Nurul.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, December 18, 2011

rasa

Allah bagi hati untuk kita jaga.untuk kita rasa. Semua rasa kita rasa bersama buat beberapa ketika.
Aku tak pernah rasa yang aku ni sempurna,sampai aku jumpa kamu sebagai pelengkapnya.
Terlalu banyak yang aku mahu cerita,terlalu banyak sampai tak terucap dengan bait kata.Aku cuba neutralkan semua rasa ini dengan berfikir secara matang mengikut usia.

Dua puluh tahun usia aku. Belum cukup untuk aku berbicara tentang hidup. Belum cukup untuk aku mendabik dada kononnya aku sudah berpengalaman dalam semua benda. Tapi, dua puluh tahu itu telah banyak mengajar aku tentang siapa sahabat,teman dan kawan. Takrifan nya berbeza. Sangat berbeza. Aku masih bingung sebenanya tapi aku sudah berjanji tak mahu memaksa kamu. Aku andaikan hubungan ini dalam fasa koma. Andai ada ayat seterusnya untuk kita sambung melengkapkan satu frasa,aku gembira. Andai koma berganti titik noktah,aku akur semahunya. Bukan pasrah seperti kata Mila dalam Ombak Rindu,malah akan ku cuba untuk ikhlaskan.

Aku mahu kau tahu,kehadiran mu cukup bermakna dalam hidup aku. Maaf andai dalam tempoh berkenalan,naik fasa jadi teman, upgrade jadi kesayangan aku selalu buat kau terasa dan terbeban. Dan kali ini aku sudah sedia untuk berundur dari hidup mu secara perlahan.Semoga kau tenang dan bahagia.

salam penuh kasih dan maaf,
N.

Tuesday, October 11, 2011

=)

wallpaper desktop =)
sumber gambar: rusydee artz

Sunday, October 9, 2011

untuk aku sendiri

Seseorang TIDAK AKAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK, kecuali dia punya keberanian untuk MELIHAT KEKURANGAN DIRINYA. Beranilah melihat kekurangan diri.




aku kena berani tengok salah sendiri,bukannya asyik nak tuding jari,
kalau x aku tak akan dapat berubah sampai mati.

Thursday, September 29, 2011

meaningful.fullstop

Salam,
Dah lama x update blog ni,dah bersawang dah rasanya.
Alhamdulillah, permulaan semester baru yang agak baik.
Hubungan hati juga aku harap makin baik.
Musnah sudah harapan nak jadi blogger famous.Musnah jugak harapan nak buat kawan dengan blogging ni haa.
But to think again,that's not me. Memang bukan aku kot.Dasar pemalas macam aku ni,memang mimpi di siang hari je la nak jadi blogger yang ramai followers.
Bila difikirkan balik,apa motif aku buat blog?
Hurm,sebab aku nak menulis,apa sahaja yang terlintas kat hati,kat minda.Sebab nak kongsi jugak ilmu-ilmu yang mana ada.
Sebab nak berkongsi rasa yang aku rasa.

Sekarang,aku mahu kongsi satu lagi lagu,yang aku suka,yang bermakna.

It is really meaningful. I've dedicated this song to that so called somebody.And I do hope that somebody view my post. The song by Bruno Mars entitled " Count on Me" is what you are for me for these 4 years.( I'm so sorry as I don't have so much confidence to write fully in English even I'm an English Major.My bad.)

Looking at the lyrics,just hoping that you are also feel and think the same things.



Count
On Me Lyrics at elw





Thursday, September 15, 2011

melayang,terbang

pernah tak kau rasa melayang,
rasa macam di awang-awangan,
saat kau lukakan hati orang yang kau sayang.
tak kiralah teman ataupun handai taulan.

buat kau yang membaca ini contengan,
salam kemaafan aku hulurkan.
walaupun lebaran sudah lama menjelang,
aku harap kau sudi maafkan.

buat kau yang ku panggil teman,
yang sentiasa ada saat susah dan senang,
aku harap kau dapat berangkat dengan tenang.
doakan aku agar tak hilang pedoman untuk jadi orang,
untuk sama-sama gapai impian.

buat kamu,salam kemaafan dari aku,
yang serba kekurangan.


coretan kenangan,
NFMD 0013

20110915

Monday, August 22, 2011

ingat lah diri


source: google

Wednesday, August 10, 2011

almond london si bintang hati

Salam readers,


Hari ni genap sepuluh hari kita semua berpuasa. Menjenguk blog kawan2,ramai yang join segmen2,buat post pasal puasa. Aku je yang x bergerak ke mana-mana. Dok tang tu jugak,nak kata tak ada idea,ada jugak laa dua tiga.Tapi,aku malas. Haha. Dah kalau namanya malas,memang tak dapek nak tolong laa.


Jadi,bagi nak menampakkan aku update blog tercinta ni aku nak cerita sikit pasal semalam.
Apa yang jadi yee semalam? Haa...Sedang aku dok asyik menguli adunan biskut almond london,( mak aih,baru sembilan hari puasa,dah buat kuih raya..hihih). Idak laa,aku buat untuk adik-adik aku,sambil-sambil nak cuba buat untuk hari raya ni. Ok,sambung balik. Tengah-tengah dok uli-uli adunan tu,aku dapat panggilan.Cer teka dari siapa?Incik engineer kah? Bukan..ianya dari cik bintang hati.
"Mak cik,busy ke?Mung dok mano tu?"
"Dop, bakpo?"
"Sepuluh minit lagi aku sampai rumoh mung."
See..macam mana laa aku tak dapat heart attack?Lucky me,she's doctor.Kalau aku pengsan pun dia ada nak tolong,even lepas dia ketawa dulu sampai habis.Maka, after 10 minutes++,she arrived. Tengok aku dok buat biskut,atau lebih tepat lagi mengacau aku. Topik perbualan,yang tu tak payah cakap.Kalau dah jumpa semua topik kitaorang redah,cuma kali ni banyak yang off record.wahhh gitu.


Sayangnya,cik bintang hati kena balik awal,tak sempat nak bawak balik sikit almond london.Sudahnya, malamnya aku dapat call lagi..si bongsu Uncle Ibrahim yang bercakap mintak almond london.Haishhh..


Okey,tu saja nak cerita.




p/s : Semalam ayah aku puji almond london aku, cuma ayah tegur decoration je,ayah cakap kalau letak badam cincang nampak cam biskut murah..ayah kata next time letak manik urai yang color-color..tak pun letak white choc.


sumber: google
yang ini yang ayah nak.=)

sumber: google(sebab malas nak ambik pic)
yang aku buat lebih kurang macam ini,letak badam cincang.


yang ni yang akan aku modify .Insya Allah.
Itu sahaja untuk kali ni.

Tuesday, August 9, 2011

bunga bunga cinta


Lirik Lagu Dude Herlino & Asmirandah Bunga-Bunga Cinta (OST Dalam Mihrab Cinta) Lyrics

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku

membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji
reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati

berpadu indah dalam mihrab cinta
repeat **
repeat reff
repeat *
memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta


Source: http://liriklaguindonesia.net/a/asmirandah/dude-herlino-asmirandah-bunga-bunga-cinta-ost-dalam-mihrab-cinta/#ixzz1USlJwqUd


 p/s:bait kata yang di high light = my feeling..=) 

lagu hati=)




salam readers,

sekarang tengah gilakan OST Dalam Mihrab Cinta.
ada dua lagu yang beri makna,

  • Kerana Hati Bicara
  • Bunga-bunga Cinta
This is one of the video that I found inYouTube just now..=)




Sunday, August 7, 2011

coming soon,



coming soon this raya,Insya Allah..

Pray for us too..<3!

Wednesday, July 27, 2011

ily


            


Dear you,
This is for you my engineer-to-be.=).                                    




Tuesday, July 26, 2011

bila budak ganas...



Salam readers,
just dropping by to share a blooper that I found in YouTube.As for me ,it is so funny..( tibe2 ingat ayat director Teater Cinta Milik Siapa, Abe Rowin..in character everyone!!(^_^)

p/s: Juvana is the best drama ever,no cintan2,masih leh catat rating tinggi.=)

Sunday, July 24, 2011

sebab aku sayang kau,bintang hati


Eyza Ixora
come take my hand, i won't let you go.i'll be your friend, i will love you so,deeply. Nurul Fatihah







is taken from my fb,
this is one  of the reasons why I love you so much bintang hati..


p/s: tiba-tiba rasa cam nak buat contest "bintang hati ku" ,tapi kena tengok blogger yang pro buat contest..




Masih perlu banyak belajar untuk menjadi blogger yang berjaya..=)





Thursday, July 21, 2011

..

Do I need to face this?
Do I need to have this kind of feeling..
It's hurt me,seriously.
No jokes.

Aku tak suka nak rasa macam ni kat kau,
Sebab kau kawan aku.
Jangan cari hal,kalau jawapan kau tu asyik No Hal.

Monday, July 18, 2011

..

Mahu menulis,tapi malas rasanya.
Mahu bercerita,tiba-tiba mood tiada.
Habis sekarang macam mana?


Thursday, July 14, 2011

jurang

Tak pernah aku mahu mencipta jurang dalam dengan kamu wahai kesayangan.
Yang aku mahu cuma ketenangan dan redha dari Yang Maha Memberi Kebahagiaan.
Aku cekalkan hati untuk kamu kesayangan,bukan mahu menyeksa kamu dengan beban kerinduan.
Kerana aku pasti rindu itu untuk Dia buat masa sekarang.

Dan,kenapa rasa ini harus bertandang juga untuk kamu bintang hati?
Aku rasa macam ada jurang di hati ini
Tatkala melihat kau tersenyum bersama mereka.
Ah, aku ni memang pendengki.
Sebab aku tak mahu hilang kamu di sisi.

p/s: mood sajak di pagi hari.Sajak lah sangat!=)

Nurul.


Tuesday, July 12, 2011

love quote #1


source: inche "google"

Monday, July 11, 2011

Thank Allah I found you..

Salam readers,

Alhamdulillah, perasaan makin baik sahaja.Mood pun makin stabil.Sekarang dalam proses pembikinan karya "Gear Hati". Hmm..mungkin reader yang singgah melihat blog ini mungkin anggap hikayat ini kisah cinta typical zaman moden.Tapi bagi aku, aku mahu sesuatu yang boleh di kongsi dengan semua. Sambil baca, sambil berkongsi ilmu yang mana ada.Oleh itu, ingin sekali aku nyatakan di sini ,sudilah kiranya kalian memberi beberapa idea untuk aku. Aku mahu menulis untuk berkongsi rasa, sebab aku tahu hari-hari sebagai manusia,kita menempuh hari yang sangat berbeza..Ops,sudah lari topik rasanya entri kali ini.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entry.Sekadar mahu berkongsi kisah cinta-budak-tak-cukup umur aku ini dengan readers yang singgah di sini. Awal pagi semalam, incik engineer telefon. Setelah kami " berpisah" seketika, semacam ada rasa kekok untuk aku berbicara. Dan aku tak sangka dia masih ingat semua. Semua yang berlaku sepanjang 4 tahun 5 bulan 2 minggu. Terasa macam loser pulak sebab berprasangka terhadap dia. Alhamdulillah, kami makin selesa berbicara dan sudah tahu apa yang perlu pada masa akan datang.Konklusinya, kami semakin baik nampaknya.

Untuk awak,
terima kasih untuk masa,
terima kasih untuk tenaga,
terima kasih untuk kesabaran itu,
terima kasih kerana tak lupa semua tentang saya,
dan terima kasih kerana makin dewasa.

Thank Allah, I found you.
Hopefully we'll be together,happy ever after.

Sunday, July 10, 2011

awak,

Daisypath Anniversary tickers

awak,
kita dah masuk 5,
macam-macam kita dah kena,
macam -macam saya dah buat,
sabar lagikah awak dengan saya?
sanggup lagi kah awak menjeruk rasa dengan perangai saya yang makin gila..
memang betul apa orang kata,
memulakan hubungan itu amat mudah,tapi untuk mempertahankannya sememangnya amat payah.

awak,
saya minta maaf, doakan supaya kita kuat.


tolong

si bintang hati,
tolong aku
aku rasa makin kelam di sini..
macam tak cukup kaki nak berdiri..
macam masa dah terhenti.


Salam sayang dari Malaysia.

Saturday, July 9, 2011

bila lagi

bila lagi nak mula kalau asyik delay?
bila lagi nak start kalu asyik malu..

memang betul lah ase hidup ni macam nak amik lesen memandu..

p/s : agak-agak ada reader tak kalau publish karya kat sini?


Friday, July 8, 2011

dah lama




Salam readers,

Daisypath Friendship tickers

dah lama dah kita baca hati,
dah lama dah kita membina mimpi,
harapnya x kan ada tragedi.

p/s : untuk si bintang hati, aku tak ingat tarikh exact kita start jadi macam ni,so aku amik tarikh perjanjian keramat 16/9..maafkan aku ok?

Salam sayang dari Malaysia,

Nurul.

Wednesday, July 6, 2011

bila dah boring..

Salam readers,

HAHA. Inilah jadinya bila dilanda kebosanan. kije nak edit gambar je..Setelah godek-godek folder gsmbar..maka terlintaslah di kepala nak buat GILA. Dah naik gila bosan terperap kat rumah jadi stok anak dara Melayu ni, jadi aku pun telah gedik mengedit gambar. Maka terhasillah gambar yang ala-ala kad jemputan walimatul urus ni haa..




Inche engineer cakap aku ni memang dah bosan tahap apa dah.Dia leh tibai gelak. Mahu tak gelak, hari tu tiga hari berturut email kat dia gambar-gambar yang aku edit..hihihi. Nasib awak la dapat kita jadi gf. Kan kesian bila kita dah gila-gila. Awak pun kena sama..tapi tak ape, kita tahu awak sayang kita,sabar dengan perangai masuk air kita ni.(ewww,,cheesy gila aku pakai awak,kita)..HAHA. Biasalah kang post manja+gedik kang...aku jugak yang kena karang.Okey lah, nanti ada masa lebih I'll update my blog lagi..

ingat,bila..

Bila gembira,ingt Allah.


Bila sedih ingt Allah.


Bila marah ingt Allah.


Bila rasa semua rasa kna ingt Allah,sebab semua rasa tu 


Allah 


yg bgi kita rasa..doa supaya Allah redakn semua perasaan tu.

Tuesday, July 5, 2011

maaf dan sayang



maaf dan sayang,
biar ikhlas,
supaya hati tenang,jiwa pun tak kacau.

Sunday, July 3, 2011

cuti-cuti

Salam readers,

Waaa,sudah bersawang blog ni. Lama x update..hihi. Tak tahu nak update ape..nanti mood betul-betul datang untuk menulis,I will write an entry which is full of stories Insya Allah. Speaking of that, my chenta hati is now at UK..She is happy I guess. Dear,I'm hope that you have a great time there hun..and I'm sure you do.

My big apology to FtnFth,saya lamabat perasan komen awak.Insya Allah akan saya ceritakan lagi dengan lebih details..dan maaf kalau lambat post entry tu nanti. Benda-benda ilmiah ni makan masa sikit, tambah kalau time mood swing dan sibuk menjadi baby sitter ni..hihi.

Okey, apa aktiviti saya time cuti ni? Selain MySpace  bergolek-golek,makan-tidur-tengok tv, saya juga jadi pemandu dan pengasuh.HAHAMySpace.gelak besar  disitu kerana it all free, no charges. Huh, ingat my dad nak bagi senang-senang ke duit belanja? bersyarat tahu.. But, I'm okay with it.

Agak menyedihkan jugak laa, sebab dah nak masuk 3 bulan setengah holiday, I don't have any chance to meet my dear inche engineer tersayang.Huhuhu, text and call je laa...Tapi, tak ape.Another five years nanti jumpa dia tiap2 hari, kan boring?kan3x. Sekarang ni kami tengah dalam mood, saya-nak-kenal-awak-balik
.(mood ni aku je yang masuk). Rasa macam dah routine kot, nak kena refresh je relationship ni.
Actually, there's nothing interesting about this post. Biasa-biasa aje.(^_^)

p/s: ada idea yang baru untuk ulang kaji subjek semester depan. Caranya share apa input kat kelas dalam blog, so that the  time that I spend to do some blogging stuff  is worth . isn't?

Till we meet again,ops till I write again.(^_^) <3






Sunday, June 19, 2011

hutang entry

Salam readers,
Ok,this post is specially for my ex-course mate, FtnFth.hehe.
Dear fatin,remember that  I have told u about my writing class? and I am sorry because I will write my entry in Malay Kelantanese-but-English student style,I'm not a pure English student.=).
Ingat x,ore ada cerita pasal Writing class yang stress but fun,mesti ingt kan?Ok kelas writing inilah sebenarnya tempat yang buka mata,hati , dan minda untuk berfikir secara matang dan global. Masuk kelas ni la hampir semua baru nak update current issue. Baru nak bace benda2 ilmiah sikit dari dok menghadap faceboook semata.Baru lah semua dok update status yang nampak cam orang study kat facebook.

Basically, ni kelas wajib sem satu. Kira core course laa. Nama lecture Mr.Mazlan Yusof. X scary, happening gila kelas dia.Cuma lau tang kena siap kan kije je yang masalah sikit sebab dia nak kita apply apa yang dia ajar dalam kelas,dia semak dan bagi markah. Dia ni lebih buat kami rasa macam dia tu bapa la.
Selain itu, banyak terms yang diajar untuk gunapakai dalam essay,thesis etc.. 
Contohnya,multi-polar world.tu memang common. And there are also a few words that I cannot remember it.(nampak sangat x ulangkaji,malunya.) Ini lah  padahnya apabila belajar setakat nak nak dapat A je.("_")

Paling mencabar, apabila kami kena buat last paper work, yang kena relate kan keadaan multi-polar world dengan dunia Islam.Serius,ianya agak mencabar sebab bukan boleh buat main ikut suka je.Nak kena refer lots of source, we need to minimize citation, need to express our opinion in our own words. We must compile it in 5 pages long. That was so tough. But, Alhamdulillah  all of us managed to cope with it.

That's all for today, to be continued Insya Allah.(^__^)

Tuesday, May 17, 2011

long journey,lots of challenges but we make it easy

Daisypath Anniversary tickers


It has been 4 years,3 months & 3 weeks now..
Hopefully,it will end with a happy ending 
Insya Allah.=)

my feveret

Salam blog walkers,
        Nothing much to say, I'm just posting something to make my dear incik blog alive..hurm, so today I'm going to share one blog that I always drop by to read the "hikayat".Honestly, I'm the one who love to read love stories,but now I also like the genre "thriller".See,how bad I am when I write in English..+_+..
        
       Baiklah, senang cerita tulis dalam Bahasa Melayu.Haha. Hari ini aku cuma mahu kongsi satu blog yang aku selalu juga lawati saat bersiar-siar di alam maya ini. Tuan punya blog ini adalah junior aku kat CFS.Kami tak lah rapat mana, tapi InsyaAllah akan semakin kenal antara satu sama lain.Amin Ya Rabb..
      
Okey, berbalik pada motif asal entry kali ini.Aku suka jalan-jalan pasal blog ni ada "sesuatu"..Mesti korang tertanya-tanya kan, apa yang aku maksudkan dengan sesuatu itu..Dia ni suka menulis,dan aku suka membaca.Tulisan dia sangat kreatif bagi aku, dan jarang sebenarnya penulis muda suka genre thriller ni. Kebanyakannya suka genre cinta,dan sebagainya,( termasuk aku..=p). Normal lah tu kan, lain orang lain seleranya. So ,bagi sesiapa yang suka cerita genre sedemikian, feel free to visit this blog..

owner:ouhpqah


p/s : I also love this blog as it has my favourite colors...Plus blog ini juga ada fanpage di Facebook..





Sunday, May 8, 2011

dear you

Dear you,


Happy Birthday..a big sorry as I'm not the first one who wish it for you.but still, I do remember your precious day. 
A lot of things we've been through.we are here to complete each other. and also to compete with each other.but,Insya Allah we're not going to kill each other. 
It almost 4 years now..we have been friends from " zaman hingusan" to "zaman matang nak jadi orang"..bukan calang-calang halangan dan cabaran kena tepis pakai tangan,banyak. Pernah sahaja ku menyerah untuk terus berkawan kerana tidak tertahan dengan tekanan..sampai kau di sana pun banyak kali pengsan sebab tekanan melanda jiwa raga.


Kerja gila. tak payah cakap laa..tu memang banyak.Bila sama-sama naik gila,huru hara jadinya. Last-last dua-dua geleng kepala. Hikayat? olala,yang tu pun sama..sampaikan boleh bikin telenovela..pakai jargon yang fahamnya,cuma kita,orang lain yang dengar gerenti ternganga dan garu kepala.. tapi tu lah KITA..tawa duka,semua kongsi bersama..x kira lah kau jauh di seberang sana. Kita berbahasa ikut gaya kita,ikut selesa kita..biarlah orang nak kata apa..


Rindu?ah, tu memang biasa. Isyaratnya,kita juga dapat rasa,giliran siapa nak pergi bertapa..masa tu rasa.."baliklah,kau dah sedia." dan butang "Play" pun akan menyala..sampai dua-dua lelah bercerita.sampai dua-dua menangis lega..masing2 dah urut boleh urut dada sebab tiada kemalangan jiwa.


Sampaikan ucap terima kasihku buat bondamu yang tercinta, katakan padanya dia telah memberikan aku sebutir mutiara,bukan kaca,bukan permata.. Kenapa kau ku panggil mutiara? Kerana di sebalik cengkerang yang melindungi, sebenarnya kemilau mutiara itu,cukup berharga buat ku si pencari...


Jutaan maaf kerana aku cuma dapat menulis tinta,tiada kad bunga-bunga..atau hadiah istimewa. Cuma aku dapat berikan setia,yang aku pun tak tahu akan bertahan sampai bila..Doaku moga kekal selamanya,sampai habis nyawa..


K- kau
I-   ibarat 
T-  tenaga
A-  aku




Itu yang aku faham tentang kita..bintang hatiku,.si pembaca rahsia.


sahabatmu,
Si Penulis Tinta


Monday, April 18, 2011

alhamdulillah

mood : MySpace

reasons :

15/4/11 : 5.00 p.m. :selamat tiba di Stesen Bas Machang..hehehe..sangat gembira dapat jejak kaki ke tanah Cik Siti Wan Kembang ni..sebaik sampai,terus balik ke rumah Tok Mek di Bunut Susu..selepas itu balik ke rumah dan zzzzzzzzzzzzz..hahaha.

16/4/11 : Macam biasalah,bangun pagi tolong Ibu yang mana boleh ditolong contoh main dengan adik Ifa..( tu je kije paling ringan nak buat..hahaha),ok ,saya mengaku saya ini pemalas orang nya..( well..)

reason yang paling penting adalah dapat balik rumah dan dekat dengan keluarga..dah lama x balik...rindu pun x habis lagi...dan minggu depan akan kembali ke IIUM ter"chenta" untuk pementasan teater "Cinta Milik Siapa" bersama cast lama + baru..harap nya,semua baik-baik sahaja...oh ya,ingat cuti panjang ni nak publish karya lama..ni semua didorong atas sebab selalu sangat menjenguk blog junior Dik Pqah tu..tapi of course laa my stories is about lovey dovey couple or about friendship..so I think, it is better for not publish it for now..

so till the next post readers..=)

lots of love,
Nurul.

Tuesday, April 12, 2011

=)

salam readers..
lama sudah x menjenguk blog terchenta.hakikatnya banyak cerita dan  idea, cuma malas nak menaip (malas ni memang penyakit bahaya)..so far i've done with 5 papers for my final.tinggal satu je lagi dan bebas merdeka untuk lima bulan..hmmm...(muka tengah fikir nak buat apa cuti panjang ni)
pelbagai ragam dan pengalaman untuk semester pertama,tahun pertama aku di Gombak. banyak benda aku belajar.dari kawan,perangai dan macam lagi...setiap hari ada cerita sendiri. tidak kira peribadi ataupun kisah kisah kawan sekeliling..sungguh hidup itu penuh warna warni..setiap individu punya kisah tersendiri...aku suka blog walking ke blog2 orang. kagum melihat cara mereka membuat kawan di alam maya.kagum dengan cara mereka menarikan tinta pena. gerak nya penuh wadah. nukilan mereka menjadi tatapan semua orang. ada yang mengumpul kawan melalui cerita harian,ada yang selesa berkongsi ilmu.aku? entahlah.kadang-kadang terfikir jugak,umtuk apa aku punya blog?jawapan yang aku sendiri x pasti.. teringat bicara teman di sekolah dahulu, katanya elok kongsikan cerita pendek,cerita siri aku dengan semua orang. kerana aku punya bakat..
hurm, incik teman lelaki pun cakap benda yang sama, walaupun pada hakikat nya dia sendiri belum pernah membaca hasil tulisan ku.terima kasih untuk sokongan itu awak..saya sayang awak.
ahh,masa itu terlalu cepat berlalu. baru aku tahu yang aku sudah jauh ketinggalan di belakang.sangat jauh. melihat seorang junior ku yang aktif menulis iaitu Dik Pqah, rasa bagaikan melihat refleksi diri sendiri. rasa gembira berkongsi kisah. buat kamu dik, teruskan menulis.luaskan bakat mu.haha,baru perasan entri kali ini sedikit panjang. nak menarik perhatian barangkali. sekali tinta menari.ianya susah untuk berhenti.=)

with love,
Nurul <3

Wednesday, March 30, 2011

nak ni

May I have this for my birthday?


menyesal x beli time pergi Kinokuniya kat KLCC
but,there is someone want to give me this..hihihi..am I right Angah?

hari ni

salam readers..
mood : is struggling with final exams 

till the next post..(^_^)

p/s : buat chenta hati mesir..maafkan aku..x iring kau pergi..aku doakan kau dari sini..

Saturday, March 19, 2011

selamat hari lahir chenta haty

mood : MySpace

reason : salam readers,today is my chenta haty birthday...awak dah tua laaa...hihihi..oh ya, tahun ni ada kad macam biasa...plus surat lagi..=)..syukur awak masih ada untuk saya..kesian dia kena tepung..

x tahu laa nak post apa lagi...dah tulis semua dalam surat..hihihihihi..Papepun..

Happy Birthday yang ke-20,My Incik Engineer..

gambar ini telah di "save image as" tanpa kebenaran..hihihihihi
you are my  special best friend,
you are my heart beat,
you are my everything.

Wednesday, March 16, 2011

lagu dan hidup

mood ; MySpace

reasons : busy with theatre training..almost every night practise..sumpah.sangat lah memenatkan.tapi ini pilihan ku.so kena pandai tanggung risiko,pandai atur masa,pandai jaga diri.=)..to my incik engineer..so sorry my dear, dah lama x teman awak kan..dah la perform nanti masa hari lahir awak.I'm so sorry tau...tapi nasib baik awak sokong kita kan..sebab awak sayang kita,betul x awak?sebab tu saya sayang awak..=)( gedikkan saya?)

oh ya,oleh kerana letih,saya suka dengar lagu ni..wat hilang tekanan.


Istimewa

Artist: Indigo
Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Kita berbulan madu di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa

Tuesday, March 15, 2011

the way i say i love u..=)

English - I love you.
Arabic - abek
Polish - Ja Kocham Ciebie
French - Je T'aime
Hindu - Hum Tumhe Pyar Karte Hae
......…......Czech - Miluji Te
Slovakian - Lu'Bim Ta
Italian - Ti Amo
Ukrainian - Ya Tebe Kahayu
German - Ish Libe Dish (ich liebe dich)
Chinese - Wo Ai Ni
Greek - S'agapo
Hawaian - Aloha Wau Ia Oi
Lithuianian - Tav Myliu
Korean - Sa Rang Hae Yo
malaysia-saya sayang awak
Japanese - Ai Shi Te Ru
Romanian - Te iubesc
Bosnian - Volim Te
Albanian - Te Dua
Filipino - Mahal Kita
Spanish - Te Amo
dutch - ik hou van jou
I Can Say I Love You In 22 Different Languages! Now send this to 10 People That You Love Most And Are Your True Friends! If You Get This Back 5 Times, That Means You Are love ♥



credit to Shida Ahmad...



Sunday, March 13, 2011

sharing is caring kan?=)

salam readers

mood : letih
reasons :
1- all assignments are due this week..

2- busy practising theatre, it will be performed at UKM..

these two activities makes me know how to manage my time..huhu..is totally crazy lah kan when involve with those kind theatre thingy ni,during Final yang nak menunjuk muka about a week from now..oh, by the way,I want to share something..I get this from my incik engineer..enjoy reading readers...



oleh kerana incik chenta hati malas nak wat notes maka saya merajinkan diri untuk modify artikel ke dalam bentuk notes=)

Orang ramai describe kena tindih seperti tak boleh gerakkan seluruh badan,
hujung jari, terasa berat kat dada...nampak benda-benda pelik-pelik (hantu, 
makhluk hitam dan sebagainya) ..... 

kalau aku tanya sini, mesti ramai jawab pernah kena....aku pun jujur
pernah ada pengalaman kena 'tindih' ni masa sekolah menengah dulu...adalah
dalam 3-4 kali jugak...masa tu aku sedar...boleh bukak mata separuh..... aku 
tau aku sedar...tapi tak boleh gerak...kadang- kadang geram, sebab tak boleh
gerak.....lepastu 5 minit baru boleh gerak....aku dulu pun takut...memang ingat kena hempap dah...lepas boleh gerak tu seram sejuk jer... 

tapi, setelah aku masuk U belajar pasal tubuh badan manusia..... baru la
aku tau kebenaran dia.... 
ni aku nak cerita sikit pasal fenomena hempap/tindih atau nama medical
nya 'sleep paralysis' 

Sleep paralysis atau dimelayukan 'lumpuh waktu tidur'...adalah condition
yang terdiri daripada of course la paralysis (lumpuh) yang temporary
(sementara). ... 

temporary paralysis ni selalu berlaku bila masa-masa nak tidur (hypnagogic
paralysis) atau baru-baru bangun dari tidur (hypnopompic paralysis) 
ok, normal badan manusia bila tidur, bila masuk stage tidur yang nyenyak
atau REM (rapid eye movement.... .waktu nyenyak ni, bijik mata kita
gerak-gerak) stage....otak akan bagi tau badan kita suruh rehat...so, badan 
kita kira macam switch off kejap....REM atonia (tader muscle tone)...... 
ok, otak kita pun ader switch off button....dipanggil reticular
activating system RAS......bila otak dah switch off badan, dia pun auto switch off
RAS ni...so tinggal automatic function (degupan jantung, bernafas etc.) sahaja 
yang on....kiranya screensaver lah atau hibernate... 

so,, bila kita bangun, RAS switched on balik......kita sedar fully awake
state....tapi kadang-kadang, electrical signal tak diactivate kan oleh otak
suh switch on balik badan kiter.... maka masa tu laa badan kita lumpuh 
seketika...before otak activate balik....memang menakutkan tapi benar.... 
tapi paralysis tu tak semestinya complete atau full..kadang- kadang partial
atau sebahagian sahaja...tu ada yang boleh gerakkan ibu jari, tetapi badan lain
lumpuh etc.... 

dan lagi satu, sleep paralysis ni selalu jugak datang sekali dengan
hallucinations (halusinasi la) either dalam bentuk auditory (dengar
bunyi pelik-pelik) , visual (nampak benda bukan-bukan) atau tactile (deria sentuhan, 
terasa benda sentuh/hempap dan lain-lain..) 

sebab-sebab atau benda-benda yang boleh mentrigger sleep paralysis: 

1. tidur dalam posisi terlentang terlalu lama 

2. jadual tidur yang tak tentu arah (irregular sleep clock) 

3. sleep/rest deprivation (tak cukup tidur la ni...penat sangat) 

4. stress yang banyak kat otak...masalah keluarga, kewangan bla-bla 

5. pertukaran gaya hidup secara tiba-tiba ( macam biasa dok rumah saja, tetiba esok pergi panjat gunung, kayuh basikal..) 

6. orang yang ada penyakit narcolepsy 

Tapi ia juga maybe ada kaitan ngn ganguan jin, itu tidak dinafikan,...
cbe amal nie

amalkan baca ayat Kursi sebelum tidur dan 3 Qul (atau 4 Qul): Surah Al-Kafirun, Al-Ikhlas, Al-falaq, An-Nas
n amik wudhuk sblm tido....
credits to Daisuke Arefif,

this is taken from my fb account..malas lorh nak type..hihi
p/s : thanks to Abi,kerana sudi menolong saya memperbetulkan sajak2 semalam..=)