Hari ni genap sepuluh hari kita semua berpuasa. Menjenguk blog kawan2,ramai yang join segmen2,buat post pasal puasa. Aku je yang x bergerak ke mana-mana. Dok tang tu jugak,nak kata tak ada idea,ada jugak laa dua tiga.Tapi,aku malas. Haha. Dah kalau namanya malas,memang tak dapek nak tolong laa.
Jadi,bagi nak menampakkan aku update blog tercinta ni aku nak cerita sikit pasal semalam.
Apa yang jadi yee semalam? Haa...Sedang aku dok asyik menguli adunan biskut almond london,( mak aih,baru sembilan hari puasa,dah buat kuih raya..hihih). Idak laa,aku buat untuk adik-adik aku,sambil-sambil nak cuba buat untuk hari raya ni. Ok,sambung balik. Tengah-tengah dok uli-uli adunan tu,aku dapat panggilan.Cer teka dari siapa?Incik engineer kah? Bukan..ianya dari cik bintang hati.
"Mak cik,busy ke?Mung dok mano tu?"
"Dop, bakpo?"
"Sepuluh minit lagi aku sampai rumoh mung."See..macam mana laa aku tak dapat heart attack?Lucky me,she's doctor.Kalau aku pengsan pun dia ada nak tolong,
Sayangnya,cik bintang hati kena balik awal,tak sempat nak bawak balik sikit almond london.Sudahnya, malamnya aku dapat call lagi..si bongsu Uncle Ibrahim yang bercakap mintak almond london.Haishhh..
Okey,tu saja nak cerita.
p/s : Semalam ayah aku puji almond london aku, cuma ayah tegur decoration je,ayah cakap kalau letak badam cincang nampak cam biskut murah..ayah kata next time letak manik urai yang color-color..tak pun letak white choc.
sumber: google yang ini yang ayah nak.=) |
sumber: google(sebab malas nak ambik pic) yang aku buat lebih kurang macam ini,letak badam cincang. |
yang ni yang akan aku modify .Insya Allah. |
Itu sahaja untuk kali ni.
No comments:
Post a Comment
please leave a comment..