Listen here dear readers,(^_^)

This is my zone,do respect me as the owner. Ini tempat saya meluahkan rasa.
Untuk orang yang saya suka,untuk orang yang suka saya.



Andai mahu menegur,bertegur sapa,please leave your message in my message box.



Andai nukilan saya mengguris rasa,ampun maaf saya pinta.
Andai nukilan saya MENYAKITKAN MATA, tinggalkan blog ini dengan SEGERA.


Andai nukilan saya BUAT ANDA GEMBIRA TERUJA , bacalah dengan senyum di muka.


Lots of love,


Nurul.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Tuesday, May 17, 2011

long journey,lots of challenges but we make it easy

Daisypath Anniversary tickers


It has been 4 years,3 months & 3 weeks now..
Hopefully,it will end with a happy ending 
Insya Allah.=)

my feveret

Salam blog walkers,
        Nothing much to say, I'm just posting something to make my dear incik blog alive..hurm, so today I'm going to share one blog that I always drop by to read the "hikayat".Honestly, I'm the one who love to read love stories,but now I also like the genre "thriller".See,how bad I am when I write in English..+_+..
        
       Baiklah, senang cerita tulis dalam Bahasa Melayu.Haha. Hari ini aku cuma mahu kongsi satu blog yang aku selalu juga lawati saat bersiar-siar di alam maya ini. Tuan punya blog ini adalah junior aku kat CFS.Kami tak lah rapat mana, tapi InsyaAllah akan semakin kenal antara satu sama lain.Amin Ya Rabb..
      
Okey, berbalik pada motif asal entry kali ini.Aku suka jalan-jalan pasal blog ni ada "sesuatu"..Mesti korang tertanya-tanya kan, apa yang aku maksudkan dengan sesuatu itu..Dia ni suka menulis,dan aku suka membaca.Tulisan dia sangat kreatif bagi aku, dan jarang sebenarnya penulis muda suka genre thriller ni. Kebanyakannya suka genre cinta,dan sebagainya,( termasuk aku..=p). Normal lah tu kan, lain orang lain seleranya. So ,bagi sesiapa yang suka cerita genre sedemikian, feel free to visit this blog..

owner:ouhpqah


p/s : I also love this blog as it has my favourite colors...Plus blog ini juga ada fanpage di Facebook..





Sunday, May 8, 2011

dear you

Dear you,


Happy Birthday..a big sorry as I'm not the first one who wish it for you.but still, I do remember your precious day. 
A lot of things we've been through.we are here to complete each other. and also to compete with each other.but,Insya Allah we're not going to kill each other. 
It almost 4 years now..we have been friends from " zaman hingusan" to "zaman matang nak jadi orang"..bukan calang-calang halangan dan cabaran kena tepis pakai tangan,banyak. Pernah sahaja ku menyerah untuk terus berkawan kerana tidak tertahan dengan tekanan..sampai kau di sana pun banyak kali pengsan sebab tekanan melanda jiwa raga.


Kerja gila. tak payah cakap laa..tu memang banyak.Bila sama-sama naik gila,huru hara jadinya. Last-last dua-dua geleng kepala. Hikayat? olala,yang tu pun sama..sampaikan boleh bikin telenovela..pakai jargon yang fahamnya,cuma kita,orang lain yang dengar gerenti ternganga dan garu kepala.. tapi tu lah KITA..tawa duka,semua kongsi bersama..x kira lah kau jauh di seberang sana. Kita berbahasa ikut gaya kita,ikut selesa kita..biarlah orang nak kata apa..


Rindu?ah, tu memang biasa. Isyaratnya,kita juga dapat rasa,giliran siapa nak pergi bertapa..masa tu rasa.."baliklah,kau dah sedia." dan butang "Play" pun akan menyala..sampai dua-dua lelah bercerita.sampai dua-dua menangis lega..masing2 dah urut boleh urut dada sebab tiada kemalangan jiwa.


Sampaikan ucap terima kasihku buat bondamu yang tercinta, katakan padanya dia telah memberikan aku sebutir mutiara,bukan kaca,bukan permata.. Kenapa kau ku panggil mutiara? Kerana di sebalik cengkerang yang melindungi, sebenarnya kemilau mutiara itu,cukup berharga buat ku si pencari...


Jutaan maaf kerana aku cuma dapat menulis tinta,tiada kad bunga-bunga..atau hadiah istimewa. Cuma aku dapat berikan setia,yang aku pun tak tahu akan bertahan sampai bila..Doaku moga kekal selamanya,sampai habis nyawa..


K- kau
I-   ibarat 
T-  tenaga
A-  aku




Itu yang aku faham tentang kita..bintang hatiku,.si pembaca rahsia.


sahabatmu,
Si Penulis Tinta