Listen here dear readers,(^_^)

This is my zone,do respect me as the owner. Ini tempat saya meluahkan rasa.
Untuk orang yang saya suka,untuk orang yang suka saya.



Andai mahu menegur,bertegur sapa,please leave your message in my message box.



Andai nukilan saya mengguris rasa,ampun maaf saya pinta.
Andai nukilan saya MENYAKITKAN MATA, tinggalkan blog ini dengan SEGERA.


Andai nukilan saya BUAT ANDA GEMBIRA TERUJA , bacalah dengan senyum di muka.


Lots of love,


Nurul.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, February 10, 2012

5 tahun 2 minggu dan satu hari...
sampai mana akhirnya hubungan ini?
semoga ianya berakhir dengan ikatan suci..=)

Sunday, December 18, 2011

rasa

Allah bagi hati untuk kita jaga.untuk kita rasa. Semua rasa kita rasa bersama buat beberapa ketika.
Aku tak pernah rasa yang aku ni sempurna,sampai aku jumpa kamu sebagai pelengkapnya.
Terlalu banyak yang aku mahu cerita,terlalu banyak sampai tak terucap dengan bait kata.Aku cuba neutralkan semua rasa ini dengan berfikir secara matang mengikut usia.

Dua puluh tahun usia aku. Belum cukup untuk aku berbicara tentang hidup. Belum cukup untuk aku mendabik dada kononnya aku sudah berpengalaman dalam semua benda. Tapi, dua puluh tahu itu telah banyak mengajar aku tentang siapa sahabat,teman dan kawan. Takrifan nya berbeza. Sangat berbeza. Aku masih bingung sebenanya tapi aku sudah berjanji tak mahu memaksa kamu. Aku andaikan hubungan ini dalam fasa koma. Andai ada ayat seterusnya untuk kita sambung melengkapkan satu frasa,aku gembira. Andai koma berganti titik noktah,aku akur semahunya. Bukan pasrah seperti kata Mila dalam Ombak Rindu,malah akan ku cuba untuk ikhlaskan.

Aku mahu kau tahu,kehadiran mu cukup bermakna dalam hidup aku. Maaf andai dalam tempoh berkenalan,naik fasa jadi teman, upgrade jadi kesayangan aku selalu buat kau terasa dan terbeban. Dan kali ini aku sudah sedia untuk berundur dari hidup mu secara perlahan.Semoga kau tenang dan bahagia.

salam penuh kasih dan maaf,
N.

Tuesday, October 11, 2011

=)

wallpaper desktop =)
sumber gambar: rusydee artz

Sunday, October 9, 2011

untuk aku sendiri

Seseorang TIDAK AKAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK, kecuali dia punya keberanian untuk MELIHAT KEKURANGAN DIRINYA. Beranilah melihat kekurangan diri.




aku kena berani tengok salah sendiri,bukannya asyik nak tuding jari,
kalau x aku tak akan dapat berubah sampai mati.

Thursday, September 29, 2011

meaningful.fullstop

Salam,
Dah lama x update blog ni,dah bersawang dah rasanya.
Alhamdulillah, permulaan semester baru yang agak baik.
Hubungan hati juga aku harap makin baik.
Musnah sudah harapan nak jadi blogger famous.Musnah jugak harapan nak buat kawan dengan blogging ni haa.
But to think again,that's not me. Memang bukan aku kot.Dasar pemalas macam aku ni,memang mimpi di siang hari je la nak jadi blogger yang ramai followers.
Bila difikirkan balik,apa motif aku buat blog?
Hurm,sebab aku nak menulis,apa sahaja yang terlintas kat hati,kat minda.Sebab nak kongsi jugak ilmu-ilmu yang mana ada.
Sebab nak berkongsi rasa yang aku rasa.

Sekarang,aku mahu kongsi satu lagi lagu,yang aku suka,yang bermakna.

It is really meaningful. I've dedicated this song to that so called somebody.And I do hope that somebody view my post. The song by Bruno Mars entitled " Count on Me" is what you are for me for these 4 years.( I'm so sorry as I don't have so much confidence to write fully in English even I'm an English Major.My bad.)

Looking at the lyrics,just hoping that you are also feel and think the same things.



Count
On Me Lyrics at elw