Listen here dear readers,(^_^)

This is my zone,do respect me as the owner. Ini tempat saya meluahkan rasa.
Untuk orang yang saya suka,untuk orang yang suka saya.



Andai mahu menegur,bertegur sapa,please leave your message in my message box.



Andai nukilan saya mengguris rasa,ampun maaf saya pinta.
Andai nukilan saya MENYAKITKAN MATA, tinggalkan blog ini dengan SEGERA.


Andai nukilan saya BUAT ANDA GEMBIRA TERUJA , bacalah dengan senyum di muka.


Lots of love,


Nurul.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Sunday, December 18, 2011

rasa

Allah bagi hati untuk kita jaga.untuk kita rasa. Semua rasa kita rasa bersama buat beberapa ketika.
Aku tak pernah rasa yang aku ni sempurna,sampai aku jumpa kamu sebagai pelengkapnya.
Terlalu banyak yang aku mahu cerita,terlalu banyak sampai tak terucap dengan bait kata.Aku cuba neutralkan semua rasa ini dengan berfikir secara matang mengikut usia.

Dua puluh tahun usia aku. Belum cukup untuk aku berbicara tentang hidup. Belum cukup untuk aku mendabik dada kononnya aku sudah berpengalaman dalam semua benda. Tapi, dua puluh tahu itu telah banyak mengajar aku tentang siapa sahabat,teman dan kawan. Takrifan nya berbeza. Sangat berbeza. Aku masih bingung sebenanya tapi aku sudah berjanji tak mahu memaksa kamu. Aku andaikan hubungan ini dalam fasa koma. Andai ada ayat seterusnya untuk kita sambung melengkapkan satu frasa,aku gembira. Andai koma berganti titik noktah,aku akur semahunya. Bukan pasrah seperti kata Mila dalam Ombak Rindu,malah akan ku cuba untuk ikhlaskan.

Aku mahu kau tahu,kehadiran mu cukup bermakna dalam hidup aku. Maaf andai dalam tempoh berkenalan,naik fasa jadi teman, upgrade jadi kesayangan aku selalu buat kau terasa dan terbeban. Dan kali ini aku sudah sedia untuk berundur dari hidup mu secara perlahan.Semoga kau tenang dan bahagia.

salam penuh kasih dan maaf,
N.

No comments:

Post a Comment

please leave a comment..