Happy Birthday..a big sorry as I'm not the first one who wish it for you.but still, I do remember your precious day.
A lot of things we've been through.we are here to complete each other. and also to compete with each other.but,Insya Allah we're not going to kill each other.
It almost 4 years now..we have been friends from " zaman hingusan" to "zaman matang nak jadi orang"..bukan calang-calang halangan dan cabaran kena tepis pakai tangan,banyak. Pernah sahaja ku menyerah untuk terus berkawan kerana tidak tertahan dengan tekanan..sampai kau di sana pun banyak kali pengsan sebab tekanan melanda jiwa raga.
Kerja gila. tak payah cakap laa..tu memang banyak.Bila sama-sama naik gila,huru hara jadinya. Last-last dua-dua geleng kepala. Hikayat? olala,yang tu pun sama..sampaikan boleh bikin telenovela..pakai jargon yang fahamnya,cuma kita,orang lain yang dengar gerenti ternganga dan garu kepala.. tapi tu lah KITA..tawa duka,semua kongsi bersama..x kira lah kau jauh di seberang sana. Kita berbahasa ikut gaya kita,ikut selesa kita..biarlah orang nak kata apa..
Rindu?ah, tu memang biasa. Isyaratnya,kita juga dapat rasa,giliran siapa nak pergi bertapa..masa tu rasa.."baliklah,kau dah sedia." dan butang "Play" pun akan menyala..sampai dua-dua lelah bercerita.sampai dua-dua menangis lega..masing2 dah urut boleh urut dada sebab tiada kemalangan jiwa.
Sampaikan ucap terima kasihku buat bondamu yang tercinta, katakan padanya dia telah memberikan aku sebutir mutiara,bukan kaca,bukan permata.. Kenapa kau ku panggil mutiara? Kerana di sebalik cengkerang yang melindungi, sebenarnya kemilau mutiara itu,cukup berharga buat ku si pencari...
Jutaan maaf kerana aku cuma dapat menulis tinta,tiada kad bunga-bunga..atau hadiah istimewa. Cuma aku dapat berikan setia,yang aku pun tak tahu akan bertahan sampai bila..Doaku moga kekal selamanya,sampai habis nyawa..
K- kau
I- ibarat
T- tenaga
A- aku
Itu yang aku faham tentang kita..bintang hatiku,.si pembaca rahsia.
sahabatmu,
Si Penulis Tinta
aku xpndai mencoret tinta krn diriku bkn penulis.
ReplyDeletebiar saja ak hntrkn sayang,rindu,n cinta melalui bahasa angin..yg hnya kita sahaja faham.
terima kasih cinta hati
---> pembaca rahsia