
Masih segar dalam ingatannya,hasrat ibunya yang ingin melihatnya mendapat keputusan cemerlang,walaupun ibunya tahu yang dia tidaklah sepintar sepupunya,tidak juga serajin adiknya.Namun,Iman tetap berusaha,pesanan ibunya sentiasa dipegang,sentiasalah sujud kepada ALLAH,berdoalah setulus hati kepada-Nya,kerna Dia Maha Mengetahui.
Selesai menghabiskan bacaan Yasin,Iman bermonolog sendiri.
Walaupun dia tahu uminya tiada di hadapan dirinya,dia mahu luahkan perasaannya hari ini."Ummi,Alhamdulillah,along dapat 9 A..
ayah gembira sangat,adik-adik pun..along pun gembira.Kalau ummi ada tentu ummi pun gembira kan?along rindu ummi,along rindu nak peluk ummi..rindu nak cium tangan ummi yang lembut..along rindu ummi..terlalu rindu.."Iman menangis teresak-esak.Benar dia terlalu rindukan bondanya.Hampir setiap malam,dia menangis dan hampir setiap malam dia cuba bangun untuk mengaji Al Quran kerana dia tahu hanya itu yang mampu diberi kepada ibunya..
No comments:
Post a Comment
please leave a comment..