Listen here dear readers,(^_^)

This is my zone,do respect me as the owner. Ini tempat saya meluahkan rasa.
Untuk orang yang saya suka,untuk orang yang suka saya.



Andai mahu menegur,bertegur sapa,please leave your message in my message box.



Andai nukilan saya mengguris rasa,ampun maaf saya pinta.
Andai nukilan saya MENYAKITKAN MATA, tinggalkan blog ini dengan SEGERA.


Andai nukilan saya BUAT ANDA GEMBIRA TERUJA , bacalah dengan senyum di muka.


Lots of love,


Nurul.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers
Showing posts with label aku. Show all posts
Showing posts with label aku. Show all posts

Wednesday, August 10, 2011

almond london si bintang hati

Salam readers,


Hari ni genap sepuluh hari kita semua berpuasa. Menjenguk blog kawan2,ramai yang join segmen2,buat post pasal puasa. Aku je yang x bergerak ke mana-mana. Dok tang tu jugak,nak kata tak ada idea,ada jugak laa dua tiga.Tapi,aku malas. Haha. Dah kalau namanya malas,memang tak dapek nak tolong laa.


Jadi,bagi nak menampakkan aku update blog tercinta ni aku nak cerita sikit pasal semalam.
Apa yang jadi yee semalam? Haa...Sedang aku dok asyik menguli adunan biskut almond london,( mak aih,baru sembilan hari puasa,dah buat kuih raya..hihih). Idak laa,aku buat untuk adik-adik aku,sambil-sambil nak cuba buat untuk hari raya ni. Ok,sambung balik. Tengah-tengah dok uli-uli adunan tu,aku dapat panggilan.Cer teka dari siapa?Incik engineer kah? Bukan..ianya dari cik bintang hati.
"Mak cik,busy ke?Mung dok mano tu?"
"Dop, bakpo?"
"Sepuluh minit lagi aku sampai rumoh mung."
See..macam mana laa aku tak dapat heart attack?Lucky me,she's doctor.Kalau aku pengsan pun dia ada nak tolong,even lepas dia ketawa dulu sampai habis.Maka, after 10 minutes++,she arrived. Tengok aku dok buat biskut,atau lebih tepat lagi mengacau aku. Topik perbualan,yang tu tak payah cakap.Kalau dah jumpa semua topik kitaorang redah,cuma kali ni banyak yang off record.wahhh gitu.


Sayangnya,cik bintang hati kena balik awal,tak sempat nak bawak balik sikit almond london.Sudahnya, malamnya aku dapat call lagi..si bongsu Uncle Ibrahim yang bercakap mintak almond london.Haishhh..


Okey,tu saja nak cerita.




p/s : Semalam ayah aku puji almond london aku, cuma ayah tegur decoration je,ayah cakap kalau letak badam cincang nampak cam biskut murah..ayah kata next time letak manik urai yang color-color..tak pun letak white choc.


sumber: google
yang ini yang ayah nak.=)

sumber: google(sebab malas nak ambik pic)
yang aku buat lebih kurang macam ini,letak badam cincang.


yang ni yang akan aku modify .Insya Allah.
Itu sahaja untuk kali ni.

Tuesday, August 9, 2011

lagu hati=)




salam readers,

sekarang tengah gilakan OST Dalam Mihrab Cinta.
ada dua lagu yang beri makna,

  • Kerana Hati Bicara
  • Bunga-bunga Cinta
This is one of the video that I found inYouTube just now..=)




Sunday, August 7, 2011

coming soon,



coming soon this raya,Insya Allah..

Pray for us too..<3!

Sunday, July 24, 2011

sebab aku sayang kau,bintang hati


Eyza Ixora
come take my hand, i won't let you go.i'll be your friend, i will love you so,deeply. Nurul Fatihah







is taken from my fb,
this is one  of the reasons why I love you so much bintang hati..


p/s: tiba-tiba rasa cam nak buat contest "bintang hati ku" ,tapi kena tengok blogger yang pro buat contest..




Masih perlu banyak belajar untuk menjadi blogger yang berjaya..=)





Thursday, July 14, 2011

jurang

Tak pernah aku mahu mencipta jurang dalam dengan kamu wahai kesayangan.
Yang aku mahu cuma ketenangan dan redha dari Yang Maha Memberi Kebahagiaan.
Aku cekalkan hati untuk kamu kesayangan,bukan mahu menyeksa kamu dengan beban kerinduan.
Kerana aku pasti rindu itu untuk Dia buat masa sekarang.

Dan,kenapa rasa ini harus bertandang juga untuk kamu bintang hati?
Aku rasa macam ada jurang di hati ini
Tatkala melihat kau tersenyum bersama mereka.
Ah, aku ni memang pendengki.
Sebab aku tak mahu hilang kamu di sisi.

p/s: mood sajak di pagi hari.Sajak lah sangat!=)

Nurul.


Monday, July 11, 2011

Thank Allah I found you..

Salam readers,

Alhamdulillah, perasaan makin baik sahaja.Mood pun makin stabil.Sekarang dalam proses pembikinan karya "Gear Hati". Hmm..mungkin reader yang singgah melihat blog ini mungkin anggap hikayat ini kisah cinta typical zaman moden.Tapi bagi aku, aku mahu sesuatu yang boleh di kongsi dengan semua. Sambil baca, sambil berkongsi ilmu yang mana ada.Oleh itu, ingin sekali aku nyatakan di sini ,sudilah kiranya kalian memberi beberapa idea untuk aku. Aku mahu menulis untuk berkongsi rasa, sebab aku tahu hari-hari sebagai manusia,kita menempuh hari yang sangat berbeza..Ops,sudah lari topik rasanya entri kali ini.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entry.Sekadar mahu berkongsi kisah cinta-budak-tak-cukup umur aku ini dengan readers yang singgah di sini. Awal pagi semalam, incik engineer telefon. Setelah kami " berpisah" seketika, semacam ada rasa kekok untuk aku berbicara. Dan aku tak sangka dia masih ingat semua. Semua yang berlaku sepanjang 4 tahun 5 bulan 2 minggu. Terasa macam loser pulak sebab berprasangka terhadap dia. Alhamdulillah, kami makin selesa berbicara dan sudah tahu apa yang perlu pada masa akan datang.Konklusinya, kami semakin baik nampaknya.

Untuk awak,
terima kasih untuk masa,
terima kasih untuk tenaga,
terima kasih untuk kesabaran itu,
terima kasih kerana tak lupa semua tentang saya,
dan terima kasih kerana makin dewasa.

Thank Allah, I found you.
Hopefully we'll be together,happy ever after.

Sunday, July 10, 2011

awak,

Daisypath Anniversary tickers

awak,
kita dah masuk 5,
macam-macam kita dah kena,
macam -macam saya dah buat,
sabar lagikah awak dengan saya?
sanggup lagi kah awak menjeruk rasa dengan perangai saya yang makin gila..
memang betul apa orang kata,
memulakan hubungan itu amat mudah,tapi untuk mempertahankannya sememangnya amat payah.

awak,
saya minta maaf, doakan supaya kita kuat.


tolong

si bintang hati,
tolong aku
aku rasa makin kelam di sini..
macam tak cukup kaki nak berdiri..
macam masa dah terhenti.


Salam sayang dari Malaysia.

Wednesday, July 6, 2011

ingat,bila..

Bila gembira,ingt Allah.


Bila sedih ingt Allah.


Bila marah ingt Allah.


Bila rasa semua rasa kna ingt Allah,sebab semua rasa tu 


Allah 


yg bgi kita rasa..doa supaya Allah redakn semua perasaan tu.

Sunday, July 3, 2011

cuti-cuti

Salam readers,

Waaa,sudah bersawang blog ni. Lama x update..hihi. Tak tahu nak update ape..nanti mood betul-betul datang untuk menulis,I will write an entry which is full of stories Insya Allah. Speaking of that, my chenta hati is now at UK..She is happy I guess. Dear,I'm hope that you have a great time there hun..and I'm sure you do.

My big apology to FtnFth,saya lamabat perasan komen awak.Insya Allah akan saya ceritakan lagi dengan lebih details..dan maaf kalau lambat post entry tu nanti. Benda-benda ilmiah ni makan masa sikit, tambah kalau time mood swing dan sibuk menjadi baby sitter ni..hihi.

Okey, apa aktiviti saya time cuti ni? Selain MySpace  bergolek-golek,makan-tidur-tengok tv, saya juga jadi pemandu dan pengasuh.HAHAMySpace.gelak besar  disitu kerana it all free, no charges. Huh, ingat my dad nak bagi senang-senang ke duit belanja? bersyarat tahu.. But, I'm okay with it.

Agak menyedihkan jugak laa, sebab dah nak masuk 3 bulan setengah holiday, I don't have any chance to meet my dear inche engineer tersayang.Huhuhu, text and call je laa...Tapi, tak ape.Another five years nanti jumpa dia tiap2 hari, kan boring?kan3x. Sekarang ni kami tengah dalam mood, saya-nak-kenal-awak-balik
.(mood ni aku je yang masuk). Rasa macam dah routine kot, nak kena refresh je relationship ni.
Actually, there's nothing interesting about this post. Biasa-biasa aje.(^_^)

p/s: ada idea yang baru untuk ulang kaji subjek semester depan. Caranya share apa input kat kelas dalam blog, so that the  time that I spend to do some blogging stuff  is worth . isn't?

Till we meet again,ops till I write again.(^_^) <3






Sunday, May 8, 2011

dear you

Dear you,


Happy Birthday..a big sorry as I'm not the first one who wish it for you.but still, I do remember your precious day. 
A lot of things we've been through.we are here to complete each other. and also to compete with each other.but,Insya Allah we're not going to kill each other. 
It almost 4 years now..we have been friends from " zaman hingusan" to "zaman matang nak jadi orang"..bukan calang-calang halangan dan cabaran kena tepis pakai tangan,banyak. Pernah sahaja ku menyerah untuk terus berkawan kerana tidak tertahan dengan tekanan..sampai kau di sana pun banyak kali pengsan sebab tekanan melanda jiwa raga.


Kerja gila. tak payah cakap laa..tu memang banyak.Bila sama-sama naik gila,huru hara jadinya. Last-last dua-dua geleng kepala. Hikayat? olala,yang tu pun sama..sampaikan boleh bikin telenovela..pakai jargon yang fahamnya,cuma kita,orang lain yang dengar gerenti ternganga dan garu kepala.. tapi tu lah KITA..tawa duka,semua kongsi bersama..x kira lah kau jauh di seberang sana. Kita berbahasa ikut gaya kita,ikut selesa kita..biarlah orang nak kata apa..


Rindu?ah, tu memang biasa. Isyaratnya,kita juga dapat rasa,giliran siapa nak pergi bertapa..masa tu rasa.."baliklah,kau dah sedia." dan butang "Play" pun akan menyala..sampai dua-dua lelah bercerita.sampai dua-dua menangis lega..masing2 dah urut boleh urut dada sebab tiada kemalangan jiwa.


Sampaikan ucap terima kasihku buat bondamu yang tercinta, katakan padanya dia telah memberikan aku sebutir mutiara,bukan kaca,bukan permata.. Kenapa kau ku panggil mutiara? Kerana di sebalik cengkerang yang melindungi, sebenarnya kemilau mutiara itu,cukup berharga buat ku si pencari...


Jutaan maaf kerana aku cuma dapat menulis tinta,tiada kad bunga-bunga..atau hadiah istimewa. Cuma aku dapat berikan setia,yang aku pun tak tahu akan bertahan sampai bila..Doaku moga kekal selamanya,sampai habis nyawa..


K- kau
I-   ibarat 
T-  tenaga
A-  aku




Itu yang aku faham tentang kita..bintang hatiku,.si pembaca rahsia.


sahabatmu,
Si Penulis Tinta


Tuesday, April 12, 2011

=)

salam readers..
lama sudah x menjenguk blog terchenta.hakikatnya banyak cerita dan  idea, cuma malas nak menaip (malas ni memang penyakit bahaya)..so far i've done with 5 papers for my final.tinggal satu je lagi dan bebas merdeka untuk lima bulan..hmmm...(muka tengah fikir nak buat apa cuti panjang ni)
pelbagai ragam dan pengalaman untuk semester pertama,tahun pertama aku di Gombak. banyak benda aku belajar.dari kawan,perangai dan macam lagi...setiap hari ada cerita sendiri. tidak kira peribadi ataupun kisah kisah kawan sekeliling..sungguh hidup itu penuh warna warni..setiap individu punya kisah tersendiri...aku suka blog walking ke blog2 orang. kagum melihat cara mereka membuat kawan di alam maya.kagum dengan cara mereka menarikan tinta pena. gerak nya penuh wadah. nukilan mereka menjadi tatapan semua orang. ada yang mengumpul kawan melalui cerita harian,ada yang selesa berkongsi ilmu.aku? entahlah.kadang-kadang terfikir jugak,umtuk apa aku punya blog?jawapan yang aku sendiri x pasti.. teringat bicara teman di sekolah dahulu, katanya elok kongsikan cerita pendek,cerita siri aku dengan semua orang. kerana aku punya bakat..
hurm, incik teman lelaki pun cakap benda yang sama, walaupun pada hakikat nya dia sendiri belum pernah membaca hasil tulisan ku.terima kasih untuk sokongan itu awak..saya sayang awak.
ahh,masa itu terlalu cepat berlalu. baru aku tahu yang aku sudah jauh ketinggalan di belakang.sangat jauh. melihat seorang junior ku yang aktif menulis iaitu Dik Pqah, rasa bagaikan melihat refleksi diri sendiri. rasa gembira berkongsi kisah. buat kamu dik, teruskan menulis.luaskan bakat mu.haha,baru perasan entri kali ini sedikit panjang. nak menarik perhatian barangkali. sekali tinta menari.ianya susah untuk berhenti.=)

with love,
Nurul <3

Saturday, March 19, 2011

selamat hari lahir chenta haty

mood : MySpace

reason : salam readers,today is my chenta haty birthday...awak dah tua laaa...hihihi..oh ya, tahun ni ada kad macam biasa...plus surat lagi..=)..syukur awak masih ada untuk saya..kesian dia kena tepung..

x tahu laa nak post apa lagi...dah tulis semua dalam surat..hihihihihi..Papepun..

Happy Birthday yang ke-20,My Incik Engineer..

gambar ini telah di "save image as" tanpa kebenaran..hihihihihi
you are my  special best friend,
you are my heart beat,
you are my everything.

Wednesday, March 16, 2011

lagu dan hidup

mood ; MySpace

reasons : busy with theatre training..almost every night practise..sumpah.sangat lah memenatkan.tapi ini pilihan ku.so kena pandai tanggung risiko,pandai atur masa,pandai jaga diri.=)..to my incik engineer..so sorry my dear, dah lama x teman awak kan..dah la perform nanti masa hari lahir awak.I'm so sorry tau...tapi nasib baik awak sokong kita kan..sebab awak sayang kita,betul x awak?sebab tu saya sayang awak..=)( gedikkan saya?)

oh ya,oleh kerana letih,saya suka dengar lagu ni..wat hilang tekanan.


Istimewa

Artist: Indigo
Tiada puisi atau lagu
Tiada potret tiada ragu
Yang dapat ku ilham seindahmu
Nyata kau satu dalam berjuta
Wahai jelita kau istimewa

Walau ku kembara sedunia
Walau ketemu ramai wanita
Nyata kau tiada tandingannya
Seikhlas hati aku menyinta
Kau istimewa, teristimewa

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Hanya engkau dan aku di situ

Tiada mimpi atau fantasi
Tiada rasa lebih berseri
Semekar murni hatimu sayang
Siang dan malam, aku terbayang
Kau istimewa, buat ku tenang

Daku berikrar
Wahai maharaniku
Bina mahligai syahdu
Kita berbulan madu di situ

Ingin ku bawa kau ke awana
Ingin memadu kasih asmara
Sepanjang hayatku curah cinta
Sebenar-benar ucapan kata
Kau istimewa oh! Percayalah
Ku perlu cinta dari wanitaku nan istimewa
Beriku cintamu nan istimewa

Monday, March 7, 2011

suka

mood : MySpace


reason : rasa macam untung ada awak sebagai teman..ok,inilah artikel yang dicelup-celup oleh incik engineer tersayang,without give any credits to the person..ish3...but,I love you because who you are,not because of you are engineer..=)


Mengapa anda kaum perempuan perlu berkahwin dengan seorang Jurutera@Engineer berbanding graduan dari bidang Undang-Undang, Pentadbiran, Seni atau Perubatan?Disini terdapat 3 fakta kukuh yang menyokong pernyataan tersebut.


1-Kehidupan yang lebih terjamin
Seorang engineer bakal menyediakan kehidupan yang terjamin kepada anda.Pada umur 27 tahun, seorang jurutera mungkin sudah mempunyai pekerjaan yang terhormat, stabil dan mempunyai pendapatan yang tinggi untuk memiliki kereta , melabur, kehidupan yang selesa, berkahwin dan juga membeli sebuah rumah.
Manakala
-Lulusan undang-undang masih bekerja sebagai apprentice di firma-firma guaman
-Sebahagian lulusan pentadbiran baru sahaja gagal dalam rancangan perniagaan mereka yang pertama
-Lulusan seni masih mencari pekerjaan
-Lulusan sekolah perubatan masih menjadi doktor pelatih di hospital-hospital

2-Kegigihan yang tinggi
Seorang teman lelaki yang bergelar engineer akan memperuntukkan jumlah masa dan usaha yang tidak terjangkau banyaknya untuk memahami anda.Ini kerana seorang engineer sangat bekerja keras untuk memahami pekerjaan mereka.Semestinya mereka akan berusaha keras untuk memahami diri anda juga seperti memahami pekerjaan mereka jika mereka percaya anda-adalah satu-satunya insan yang istimewa dalam hidup mereka.Jika mereka tidak memahami diri anda pada mulanya, mereka akan terus berusaha.Jika mereka masih tidak faham, mereka akan mencari kaedah yang tepat untuk membuatkan anda gembira.Sebagai contoh (membeli cincin berlian=satu minggu kebahagian).Jika mereka telah menemui formula rahsia tersebut, mereka akan terus mengulanginya hingga menepati hasil yang dikehendaki.
Berbeza dengan
-peguam yang akan sentiasa berdebat dengan anda
-graduan pengurusan yang akan mengawal perbelanjaan anda
-graduan seni yang akan mengubah penampilan anda
-graduan perubatan yang akan menjadikan anda seperti nurse di hospital

Sangat mudah untuk engineer menjadikan anda satu-satunya insan yang mereka sayangi dalam hidup mereka umpama anda salah satu daripada projek mereka dan mereka akan tersangkut pada anda selamanya.

3-Seorang teman lelaki yang bergelar Engineer tidak akan mengkhianati kepercayaan anda
Buktinya
-para peguam mungkin akan berbohong kepada anda
-seorang graduan pentadbiran mungkin akan menipu wang anda
-seorang graduan seni adalah seorang penggoda
-seorang doktor mungkin hanya melihat anda seperti seorang mayat

Teman lelaki bergelar engineer terlalu sibuk untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan jika ada, mereka akan terlalu bodoh untuk berbohong kepada anda.Oleh itu, seorang engineer ialah the most secure boyfriend yang anda pernah temui,cukup kaya dan akan tetap mencuba untuk memahami dan menyenangkan anda, tiada masa untuk mempunyai hubungan istimewa lain dan terlalu bodoh untuk berbohong.mereka juga sangat cool berbanding orang lain.
 so???- " Daisuke Arefif Facebook"

in my opinion,it is better for us to understand each other,and accept our "chenta hati" seadanya..

bila sayang kesayangan

mood : MySpace

reasons : bila sayang kesayangan,macam-macam jadi pun x pe.
 asal kan tempuh sama2..
bila sayang kesayangan,kadang2 boleh jadi gila..
buat benda yang gila2,fikir pun gila-gila..
nasib baik x jadi gila..hehehe..
ni la aktiviti sepanjang hujung minggu,ber camwhore bersama kesayangan pakai cyber web cam..hihihi
tadaaa...(baca gaya orang nak persembahkan silap mata).

ni eryna,pipi dia limited edition,(ya,aku tahu pipi aku pun lebih kurang sama..=.=)


Insya Allah,
kawan sampai mati,teman sampai pergi menghadap Ilahi,sahabat di hati..=)


black devil vs white angel,but I want you to know,you are my angel in my heart..=)

ni lah kerja aku untuk  hujung  minggu ni.. asyik menangkap gambar2 kontroversi sahaja..gaya macam dah siap je semua jenis assignment yang lecture bagi..aigoooo~(ok,dah tersampuk dengan cik juju dah..)haha..

oh ya, nanti nak kongsi sesuatu yang incik enginner tulis kat fesbuk dia..gelak guling2 ala hindustan menari bila baca,senyum je sampai habis baca,sebab gaya dia macam nak masuk bakul angkat sendiri je rasa..hihihihi..jangan marah tau awak..nati cepat tua,..hihihi..sayang awak sangat...

p/s : tetiba minat lagu techno balik..rasa cam best je dengar.(^_^)..
p/ss ; nak elak guna "codeswitching" time bercakap dan menulis..=P

Wednesday, February 23, 2011

=P

MySpace

wah, lama sudah x menjenguk blog terchenta ni...huhu( sebenarnya x de lah lama sangat pun, x sampai seminggu pun)..currently mood hari ni dan semalam adalah okey. hehe..banyak sebab kenapa macam dah leh tarik nafas lega pada separuh masa pertama ni..ceh , bajet macam main bola sepak pulak..okay, let's get down to the business now...in my waiting list, there are some assignments and tasks that I need to complete...presenting.:


  •  Group assignment Linguistic
  •  Writing term paper
  • Magazine(Poetry)
  • Take home Quiz (Soca)..
banyak nya(rasa banyak sebab diri ini malas)MySpace ...tapi nak wat camne,kata belajar..kena buat ..dengan hati ikhlas,dengan senyum..baru laa enjoy belajar..kan?
MySpace
so, hopefully I can finish all my assignment on time..

p/s : - poem ada lagi satu x wat,wahai idea tolong lah datang..
       - cik nurul,siapkan awak punya presentation Study Circle tu..