Listen here dear readers,(^_^)

This is my zone,do respect me as the owner. Ini tempat saya meluahkan rasa.
Untuk orang yang saya suka,untuk orang yang suka saya.



Andai mahu menegur,bertegur sapa,please leave your message in my message box.



Andai nukilan saya mengguris rasa,ampun maaf saya pinta.
Andai nukilan saya MENYAKITKAN MATA, tinggalkan blog ini dengan SEGERA.


Andai nukilan saya BUAT ANDA GEMBIRA TERUJA , bacalah dengan senyum di muka.


Lots of love,


Nurul.

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Friendship tickers

Daisypath Friendship tickers

Friday, February 10, 2012

5 tahun 2 minggu dan satu hari...
sampai mana akhirnya hubungan ini?
semoga ianya berakhir dengan ikatan suci..=)

Sunday, December 18, 2011

rasa

Allah bagi hati untuk kita jaga.untuk kita rasa. Semua rasa kita rasa bersama buat beberapa ketika.
Aku tak pernah rasa yang aku ni sempurna,sampai aku jumpa kamu sebagai pelengkapnya.
Terlalu banyak yang aku mahu cerita,terlalu banyak sampai tak terucap dengan bait kata.Aku cuba neutralkan semua rasa ini dengan berfikir secara matang mengikut usia.

Dua puluh tahun usia aku. Belum cukup untuk aku berbicara tentang hidup. Belum cukup untuk aku mendabik dada kononnya aku sudah berpengalaman dalam semua benda. Tapi, dua puluh tahu itu telah banyak mengajar aku tentang siapa sahabat,teman dan kawan. Takrifan nya berbeza. Sangat berbeza. Aku masih bingung sebenanya tapi aku sudah berjanji tak mahu memaksa kamu. Aku andaikan hubungan ini dalam fasa koma. Andai ada ayat seterusnya untuk kita sambung melengkapkan satu frasa,aku gembira. Andai koma berganti titik noktah,aku akur semahunya. Bukan pasrah seperti kata Mila dalam Ombak Rindu,malah akan ku cuba untuk ikhlaskan.

Aku mahu kau tahu,kehadiran mu cukup bermakna dalam hidup aku. Maaf andai dalam tempoh berkenalan,naik fasa jadi teman, upgrade jadi kesayangan aku selalu buat kau terasa dan terbeban. Dan kali ini aku sudah sedia untuk berundur dari hidup mu secara perlahan.Semoga kau tenang dan bahagia.

salam penuh kasih dan maaf,
N.

Tuesday, October 11, 2011

=)

wallpaper desktop =)
sumber gambar: rusydee artz

Sunday, October 9, 2011

untuk aku sendiri

Seseorang TIDAK AKAN BERUBAH MENJADI LEBIH BAIK, kecuali dia punya keberanian untuk MELIHAT KEKURANGAN DIRINYA. Beranilah melihat kekurangan diri.




aku kena berani tengok salah sendiri,bukannya asyik nak tuding jari,
kalau x aku tak akan dapat berubah sampai mati.

Thursday, September 29, 2011

meaningful.fullstop

Salam,
Dah lama x update blog ni,dah bersawang dah rasanya.
Alhamdulillah, permulaan semester baru yang agak baik.
Hubungan hati juga aku harap makin baik.
Musnah sudah harapan nak jadi blogger famous.Musnah jugak harapan nak buat kawan dengan blogging ni haa.
But to think again,that's not me. Memang bukan aku kot.Dasar pemalas macam aku ni,memang mimpi di siang hari je la nak jadi blogger yang ramai followers.
Bila difikirkan balik,apa motif aku buat blog?
Hurm,sebab aku nak menulis,apa sahaja yang terlintas kat hati,kat minda.Sebab nak kongsi jugak ilmu-ilmu yang mana ada.
Sebab nak berkongsi rasa yang aku rasa.

Sekarang,aku mahu kongsi satu lagi lagu,yang aku suka,yang bermakna.

It is really meaningful. I've dedicated this song to that so called somebody.And I do hope that somebody view my post. The song by Bruno Mars entitled " Count on Me" is what you are for me for these 4 years.( I'm so sorry as I don't have so much confidence to write fully in English even I'm an English Major.My bad.)

Looking at the lyrics,just hoping that you are also feel and think the same things.



Count
On Me Lyrics at elw





Thursday, September 15, 2011

melayang,terbang

pernah tak kau rasa melayang,
rasa macam di awang-awangan,
saat kau lukakan hati orang yang kau sayang.
tak kiralah teman ataupun handai taulan.

buat kau yang membaca ini contengan,
salam kemaafan aku hulurkan.
walaupun lebaran sudah lama menjelang,
aku harap kau sudi maafkan.

buat kau yang ku panggil teman,
yang sentiasa ada saat susah dan senang,
aku harap kau dapat berangkat dengan tenang.
doakan aku agar tak hilang pedoman untuk jadi orang,
untuk sama-sama gapai impian.

buat kamu,salam kemaafan dari aku,
yang serba kekurangan.


coretan kenangan,
NFMD 0013

20110915

Monday, August 22, 2011

ingat lah diri


source: google

Wednesday, August 10, 2011

almond london si bintang hati

Salam readers,


Hari ni genap sepuluh hari kita semua berpuasa. Menjenguk blog kawan2,ramai yang join segmen2,buat post pasal puasa. Aku je yang x bergerak ke mana-mana. Dok tang tu jugak,nak kata tak ada idea,ada jugak laa dua tiga.Tapi,aku malas. Haha. Dah kalau namanya malas,memang tak dapek nak tolong laa.


Jadi,bagi nak menampakkan aku update blog tercinta ni aku nak cerita sikit pasal semalam.
Apa yang jadi yee semalam? Haa...Sedang aku dok asyik menguli adunan biskut almond london,( mak aih,baru sembilan hari puasa,dah buat kuih raya..hihih). Idak laa,aku buat untuk adik-adik aku,sambil-sambil nak cuba buat untuk hari raya ni. Ok,sambung balik. Tengah-tengah dok uli-uli adunan tu,aku dapat panggilan.Cer teka dari siapa?Incik engineer kah? Bukan..ianya dari cik bintang hati.
"Mak cik,busy ke?Mung dok mano tu?"
"Dop, bakpo?"
"Sepuluh minit lagi aku sampai rumoh mung."
See..macam mana laa aku tak dapat heart attack?Lucky me,she's doctor.Kalau aku pengsan pun dia ada nak tolong,even lepas dia ketawa dulu sampai habis.Maka, after 10 minutes++,she arrived. Tengok aku dok buat biskut,atau lebih tepat lagi mengacau aku. Topik perbualan,yang tu tak payah cakap.Kalau dah jumpa semua topik kitaorang redah,cuma kali ni banyak yang off record.wahhh gitu.


Sayangnya,cik bintang hati kena balik awal,tak sempat nak bawak balik sikit almond london.Sudahnya, malamnya aku dapat call lagi..si bongsu Uncle Ibrahim yang bercakap mintak almond london.Haishhh..


Okey,tu saja nak cerita.




p/s : Semalam ayah aku puji almond london aku, cuma ayah tegur decoration je,ayah cakap kalau letak badam cincang nampak cam biskut murah..ayah kata next time letak manik urai yang color-color..tak pun letak white choc.


sumber: google
yang ini yang ayah nak.=)

sumber: google(sebab malas nak ambik pic)
yang aku buat lebih kurang macam ini,letak badam cincang.


yang ni yang akan aku modify .Insya Allah.
Itu sahaja untuk kali ni.

Tuesday, August 9, 2011

bunga bunga cinta


Lirik Lagu Dude Herlino & Asmirandah Bunga-Bunga Cinta (OST Dalam Mihrab Cinta) Lyrics

* tak pernah terlintas di benakku
saat pertama kita bertemu
sesuatu yang indah tumbuh dalam gundah
harum dan merekah

*courtesy of LirikLaguIndonesia.net
** tulus hatimu buka mataku
tegar jiwamu hapus raguku

membuncah di hati harapan dan suci
menyatukan janji
reff:
bunga-bunga cinta indah bersemi
di antara harap pinta padaNya
Tuhan tautkanlah cinta di hati

berpadu indah dalam mihrab cinta
repeat **
repeat reff
repeat *
memboncah di hati harapan dan suci
dalam mihrab cinta


Source: http://liriklaguindonesia.net/a/asmirandah/dude-herlino-asmirandah-bunga-bunga-cinta-ost-dalam-mihrab-cinta/#ixzz1USlJwqUd


 p/s:bait kata yang di high light = my feeling..=) 

lagu hati=)




salam readers,

sekarang tengah gilakan OST Dalam Mihrab Cinta.
ada dua lagu yang beri makna,

  • Kerana Hati Bicara
  • Bunga-bunga Cinta
This is one of the video that I found inYouTube just now..=)




Sunday, August 7, 2011

coming soon,



coming soon this raya,Insya Allah..

Pray for us too..<3!

Wednesday, July 27, 2011

ily


            


Dear you,
This is for you my engineer-to-be.=).                                    




Tuesday, July 26, 2011

bila budak ganas...



Salam readers,
just dropping by to share a blooper that I found in YouTube.As for me ,it is so funny..( tibe2 ingat ayat director Teater Cinta Milik Siapa, Abe Rowin..in character everyone!!(^_^)

p/s: Juvana is the best drama ever,no cintan2,masih leh catat rating tinggi.=)

Sunday, July 24, 2011

sebab aku sayang kau,bintang hati


Eyza Ixora
come take my hand, i won't let you go.i'll be your friend, i will love you so,deeply. Nurul Fatihah







is taken from my fb,
this is one  of the reasons why I love you so much bintang hati..


p/s: tiba-tiba rasa cam nak buat contest "bintang hati ku" ,tapi kena tengok blogger yang pro buat contest..




Masih perlu banyak belajar untuk menjadi blogger yang berjaya..=)





Thursday, July 21, 2011

..

Do I need to face this?
Do I need to have this kind of feeling..
It's hurt me,seriously.
No jokes.

Aku tak suka nak rasa macam ni kat kau,
Sebab kau kawan aku.
Jangan cari hal,kalau jawapan kau tu asyik No Hal.

Monday, July 18, 2011

..

Mahu menulis,tapi malas rasanya.
Mahu bercerita,tiba-tiba mood tiada.
Habis sekarang macam mana?


Thursday, July 14, 2011

jurang

Tak pernah aku mahu mencipta jurang dalam dengan kamu wahai kesayangan.
Yang aku mahu cuma ketenangan dan redha dari Yang Maha Memberi Kebahagiaan.
Aku cekalkan hati untuk kamu kesayangan,bukan mahu menyeksa kamu dengan beban kerinduan.
Kerana aku pasti rindu itu untuk Dia buat masa sekarang.

Dan,kenapa rasa ini harus bertandang juga untuk kamu bintang hati?
Aku rasa macam ada jurang di hati ini
Tatkala melihat kau tersenyum bersama mereka.
Ah, aku ni memang pendengki.
Sebab aku tak mahu hilang kamu di sisi.

p/s: mood sajak di pagi hari.Sajak lah sangat!=)

Nurul.


Tuesday, July 12, 2011

love quote #1


source: inche "google"

Monday, July 11, 2011

Thank Allah I found you..

Salam readers,

Alhamdulillah, perasaan makin baik sahaja.Mood pun makin stabil.Sekarang dalam proses pembikinan karya "Gear Hati". Hmm..mungkin reader yang singgah melihat blog ini mungkin anggap hikayat ini kisah cinta typical zaman moden.Tapi bagi aku, aku mahu sesuatu yang boleh di kongsi dengan semua. Sambil baca, sambil berkongsi ilmu yang mana ada.Oleh itu, ingin sekali aku nyatakan di sini ,sudilah kiranya kalian memberi beberapa idea untuk aku. Aku mahu menulis untuk berkongsi rasa, sebab aku tahu hari-hari sebagai manusia,kita menempuh hari yang sangat berbeza..Ops,sudah lari topik rasanya entri kali ini.

Baiklah, berbalik kepada tajuk entry.Sekadar mahu berkongsi kisah cinta-budak-tak-cukup umur aku ini dengan readers yang singgah di sini. Awal pagi semalam, incik engineer telefon. Setelah kami " berpisah" seketika, semacam ada rasa kekok untuk aku berbicara. Dan aku tak sangka dia masih ingat semua. Semua yang berlaku sepanjang 4 tahun 5 bulan 2 minggu. Terasa macam loser pulak sebab berprasangka terhadap dia. Alhamdulillah, kami makin selesa berbicara dan sudah tahu apa yang perlu pada masa akan datang.Konklusinya, kami semakin baik nampaknya.

Untuk awak,
terima kasih untuk masa,
terima kasih untuk tenaga,
terima kasih untuk kesabaran itu,
terima kasih kerana tak lupa semua tentang saya,
dan terima kasih kerana makin dewasa.

Thank Allah, I found you.
Hopefully we'll be together,happy ever after.

Sunday, July 10, 2011

awak,

Daisypath Anniversary tickers

awak,
kita dah masuk 5,
macam-macam kita dah kena,
macam -macam saya dah buat,
sabar lagikah awak dengan saya?
sanggup lagi kah awak menjeruk rasa dengan perangai saya yang makin gila..
memang betul apa orang kata,
memulakan hubungan itu amat mudah,tapi untuk mempertahankannya sememangnya amat payah.

awak,
saya minta maaf, doakan supaya kita kuat.